PETALING JAYA: Kerajaan mengumumkan pemberian Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 kepada 22 juta rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas yang akan disalurkan pada pertengahan Februari 2026. Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan itu bertujuan membantu rakyat membuat persiapan awal menjelang bulan Ramadan dan sambutan Tahun Baharu Cina sekali gus meringankan beban kos sara hidup. Beliau berkata, keseluruhan STR SARA 2026 berjumlah RM15 bilion dengan peningkatan peruntukan…