PETALING JAYA: Kerajaan perlu mempertimbangkan semula kadar subsidi petrol sebanyak RM1.99 seliter yang diberikan kepada pengusaha teksi melalui Skim Kawalan Petrol Subsidi (SKPS). Presiden Gabungan Teksi Malaysia, Kamarudin Mohd. Hussain berkata, walaupun kerajaan memperuntukkan subsidi 800 liter sebulan kepada komuniti teksi, kadar itu masih dianggap terlalu tinggi. “Subsidi yang diberikan kerajaan kami hargai, tetapi kadar RM1.99 seliter ini masih membebankan berbanding dengan harga jualan bahan bakar NGV sebelum ia ditamatkan,”…