PUTRAJAYA: Kerajaan akan lakukan yang terbaik untuk membebaskan warga Malaysia dalam tahanan selepas rejim Zionis Israel memintas konvoi Global Sumud Flotilla (GSF). Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, dengan menyekat misi kemanusiaan ini, Israel bukan sahaja memperlekeh hak asasi rakyat Palestin, malah menginjak nurani masyarakat dunia yang kini tidak lagi bersama Israel. “Malaysia akan mengambil segala langkah yang sah dan berasaskan undang-undang bagi menuntut pertanggungjawaban Israel, khususnya apabila warganegara…