Keputusan kumpulan sokong GRS bukan pendirian STAR Bandau

Keputusan kumpulan sokong GRS bukan pendirian STAR Bandau

SHIREWIN PATRIK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDAU: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Bahagian Bandau tidak bersetuju dengan tindakan sekumpulan ahli jawatankuasa (AJK) bahagian itu yang menyatakan sokongan kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Timbalan Ketua Bahagian STAR Bandau, Shirewin Patrik berkata, mesyuarat tersebut hanya dihadiri lapan daripada 23 AJK bahagian, sekali gus menjadikan sebarang keputusan yang dibuat tidak sah mengikut Perlembagaan parti.

“Mereka memang berniat untuk terus bersama GRS, tetapi bagi kami di STAR Bandau dan saya sebagai ketua bahagian kami tidak bersetuju dengan tindakan mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut Shirewin, separuh daripada AJK bahagian juga tidak menyokong tindakan kumpulan berkenaan, dan menganggap ia sebagai keputusan peribadi individu yang terlibat, bukan pendirian rasmi bahagian.

“Jika mereka tekad dengan keputusan itu, ia keputusan peribadi kerana mesyuarat semalam tidak capai kuota. Kami anggap keputusan mereka menyertai GRS bukan keputusan bahagian,” ujarnya.

Beliau menambah, berdasarkan Perlembagaan STAR, mana-mana ahli yang menyatakan sokongan kepada pihak lain secara terbuka dianggap mencabar keputusan dan kepimpinan parti di peringkat pusat.

“Dalam Perlembagaan STAR, jika seseorang ahli menyatakan sokongan seperti itu, ia bermakna mereka mencabar keputusan Presiden dan secara automatik mereka digugurkan daripada parti. Mereka memang sudah gugur,” tegasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN