BANDAU: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Bahagian Bandau tidak bersetuju dengan tindakan sekumpulan ahli jawatankuasa (AJK) bahagian itu yang menyatakan sokongan kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Timbalan Ketua Bahagian STAR Bandau, Shirewin Patrik berkata, mesyuarat tersebut hanya dihadiri lapan daripada 23 AJK bahagian, sekali gus menjadikan sebarang keputusan yang dibuat tidak sah mengikut Perlembagaan parti. “Mereka memang berniat untuk terus bersama GRS, tetapi bagi kami di STAR Bandau dan saya…