'Kenapa bunuh adik saya sampai macam itu sekali?'

‘Kenapa bunuh adik saya sampai macam itu sekali?’

BISMI Che Hin menunjukkan gambar adiknya, Sariya (kanan) dan anak angkat kepada wanita itu yang dikenali sebagai Wardah ketika ditemui di pekarangan Hospital Seberang Jaya (HSJ), Pulau Pinang hari ini.-UTUSAN/ISWAN SHAFIQ ISA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM : “Kenapa bunuh adik saya sampai macam itu sekali? Apa salah dia? Saya tak sanggup lihat keadaan (mayat) dia yang macam tu.”

Itu kata abang kepada mangsa bunuh yang ditemukan mati dalam keadaan mengerikan bersama seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun di Kampung Sekolah, Juru di sini malam tadi.

Bismi Che Hin, 60, berkata, arwah adiknya, Sariya, 51, seorang yang periang dan tidak pernah bermusuhan dengan sesiapa sepanjang pengetahuannya.

“Saya dapat tahu mengenai kejadian ini malam tadi juga daripada besan saya yang tinggal di kampung itu.

“Apabila dia kata berita itu betul, saya terus bersiap dari Jeneri (Kedah) untuk datang ke Pulau Pinang. Masa saya sampai, orang ramai dan polis sudah memenuhi kawasan rumah arwah,” katanya ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini, hari ini.

Bismi berkata, arwah adiknya merupakan anak bongsu daripada enam beradik manakala kanak-kanak perempuan tersebut pula merupakan anak angkat yang dijaganya sejak kecil.

“Kali terakhir saya berjumpa dengan adik saya ini ialah pada hari raya yang lepas dan semasa perkahwinan anaknya (anak kandung) baru-barunya.

“Sebab itu saya sangat terkejut apabila mendengar berita ini (adik dibunuh). Apatah lagi apabila mendapat tahu bahawa suaminya turut ditahan bagi membantu siasatan.

“Saya cuma harapkan keadilan untuk arwah adik saya. Kalau boleh, saya nak pembunuh adik saya ini ditangkap dan dituduh. Bagi balasan yang setimpal,” katanya yang menyifatkan pembunuh itu bertindak seperti binatang.

Ujar Bismi, suami arwah Suraya ketika ini adalah suami kedua dan wanita itu pernah berkahwin sebelum ini sebelum bercerai dengan bekas suaminya yang kini tinggal di Guar Cempedak, Yan, Kedah.

Katanya, dia bagaimanapun tidak begitu mengenali suami arwah adiknya ketika ini dan tidak pernah bertegur sapa sebelum ini.

Dalam pada itu, Bismi yang juga merupakan anak kedua daripada enam beradik memberitahu, dia dan adik beradiknya yang lain sepakat untuk membawa pulang jenazah Sariya untuk dikebumikan di kampung halaman mereka di Kampung Masjid di Jeneri sebaik sahaja urusan bedah siasat selesai.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN