KUALA LUMPUR: Kemajuan ASEAN perlu seiring dengan prinsip keterangkuman dan kemampanan bagi memastikan tiada negara anggota tercicir daripada arus pembangunan serantau. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, prinsip tersebut menjadi asas kepada setiap inisiatif yang dilancarkan dalam usaha membina masa depan ASEAN yang berpaksikan nilai bersama, berpandangan jauh serta berdaya tahan menghadapi cabaran baharu. “Fokus kita jelas iaitu memastikan kemajuan ASEAN bersifat inklusif tanpa meninggalkan mana-mana negara anggota atau…










