Kelantan TRW gagal belasah Melaka FC, sekadar menang 2-1 - Utusan Malaysia

Kelantan TRW gagal belasah Melaka FC, sekadar menang 2-1

MUHAMMAD Nor Azam bin Abdul Azih (tengah) cuba melepasi kawalan pemain Melaka FC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan sebentar tadi-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Hasrat Kelantan The Real Warriors (Kelantan TRW) untuk membelasah Melaka FC gagal apabila sekadar meraih kemenangan 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, di sini sebentar tadi.

Pada perlawanan tersebut, tuan rumah terpaksa menunggu sehingga minit ke-37 untuk mendapatkan jaringan menerusi gol sendiri Melaka FC Onyekachi Ozor.

Gol tersebut menjadikan Kelantan TRW terus bernafsu memburu jaringan tambahan namun dihampakan oleh ketumpulan jentera serangan diketuai oleh
Ifedayo Olusegun yang kembali pulih daripada kecederaan.

Keputusan itu kekal hingga tamat perlawanan sekali gus memberikan kelegaan kepada skuad bimbingan Akmal Rizal Ahmad Rakhli.

DAEYUP Gu (kanan) mengawal kemas bola daripada dirampas pemain Kelantan pada aksi aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan sebentar tadi-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.

Bersambung babak kedua, Kelantan TRW tampil dengan aksi lebih garang dalam usaha menambah jaringan.

Bagaimanapun, deretan peluang terhidang yang dimiliki oleh tuan rumah gagal diterjemahkan ke dalam bentuk jaringan meskipun pelawat dilihat lebih banyak bertahan.

Peluang terbaik Melaka FC merapatkan jurang jaringan pada minit ke-63, namun rembatan Abdul Azim Rahim gagal menepati sasaran.

Minit ke 88, Stadium Sultan Muhammad IV kembali bergema dengan sorakan penyokong apabila Muhammad Danial Hakim Draman menjaringkan gol pada minit ke-88.

Melaka FC memperoleh jaringan saguhati di minit-minit akhir perlawanan menerusi Juan Silva, namun ia sudah terlewat untuk menyekat kemenangan 2-1 Kelantan TRW.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN