KUALA LUMPUR: Kadar kebolehpasaran graduan Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) kini mencatatkan lebih 93 peratus walaupun baru sahaja berusia tiga tahun. Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pihak mahu UPTM mencapai tahap 97 peratus, oleh itu hubungan dan kerjasama strategik dengan industri akan terus diperkukuhkan. “Ini penting bagi memastikan kebolehpasaran pelajar dan graduan UPTM ini boleh dipertingkatkan. Tahun ini kami mencapai tahap 93 peratus, kalau dalam…