KUALA LUMPUR: Deklarasi Kuala Lumpur menjadi simbol komitmen berterusan rantau Asia Tenggara terhadap keamanan, kestabilan dan kemakmuran bersama. Penyerahan dokumen disempurnakan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin kepada Setiausaha Agung ASEAN, Dr Kao Kim Hourn selepas berakhir Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) ke-19 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini. Sebanyak 25 perkara telah dimuktamadkan dalam Deklarasi Kuala Lumpur antaranya memperkukuhkan kesatuan dan Kepusatan ASEAN dalam hubungan dengan…

 
								 
											









