KUALA LUMPUR: Kesemua sembilan kapal misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG) yang ditahan tentera Zionis pagi tadi kini sedang ditunda menuju ke Pelabuhan Ashdod, Israel dan dijangka tiba pada awal pagi esok waktu Malaysia. Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia MyCare, Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata, proses penundaan kapal berkenaan dijangka mengambil masa lebih 15 jam selepas dipintas kira-kira pukul 5.50 pagi waktu Mesir…