Kampung Medan diisytihar kawasan bencana tahap 1 ekoran ribut

Kampung Medan diisytihar kawasan bencana tahap 1 ekoran ribut, puting beliung

Keadaan sebuah sekolah yang rosak teruk dalam kejadian ribut dan puting beliung di Banting, Selangor, petang semalam. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Kampung Medan di sini diisytihar sebagai kawasan bencana tahap satu ekoran kerosakan yang berlaku akibat kejadian ribut dan puting beliung yang melanda semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Akmalrizal Radzi berkata, pengisytiharan itu telah dibuat sekitar pukul 5.30 petang semalam oleh Pegawai Daerah Kuala Langat selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).

Katanya, bencana yang berlaku pukul 4.15 petang itu telah menyebabkan sebanyak 40 buah rumah rosak di sekitar kawasan perumahan Batu 9, Kampung Medan dan kawasan industri Taman Sijangkang Jaya.

Beliau memberitahu, lima buah sekolah turut terjejas iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sijangkang Jaya, Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Medan, SK Jalan Tanjung dan Sekolah Rendah Agama (SRA) Kampung Medan.

“Sebuah Dewan Wawasan Batu 9, Kampung Medan yang turut menempatkan Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Sijangkang turut rosak,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN