‘Kami mungkin diserang sekarang’ - Mesej terakhir Dr. Mohd. Afandi

‘Kami mungkin diserang sekarang’ – Mesej terakhir Dr. Mohd. Afandi

ADAM Afandi menunjukkan perbualan terakhir bapanya, Mohd Afendi Saleh sebelum dilaporkan ditahan tentera Israel ketika menyertai misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition - Thousand Madleens to Gaza (FFC-TMTG) -UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: “Kami mungkin diserang sekarang.” Demikian mesej terakhir diterima keluarga Prof. Dr. Mohd. Afandi Saleh, pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menerusi aplikasi WhatsApp keluarga sebelum hubungan terputus sepenuhnya ketika kapal misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition – Thousand Madleens to Gaza (FFC-TMTG) yang disertai beliau dipercayai ditahan rejim Israel pada pagi Rabu waktu tempatan.

Anaknya, Adam, 20, yang juga pelajar tahun pertama Ijazah Sarjana Muda Undang-undang di UniSZA berkata, kali terakhir mereka berhubung dengan bapanya adalah Selasa lalu melalui panggilan video sekitar pukul 9.30 malam.

“Kali terakhir kami bercakap, ayah ada cakap insya-Allah tidak ada apa dan minta doakan semuanya selamat. Tetapi masa tu memang nampak Umi (ibu) sudah mula sedih,” katanya ketika ditemui di UniSZA, hari ini.

Menurut Adam, mereka sama sekali tidak menyangka misi kali ini berakhir lebih awal apabila kesemua sembilan wakil Malaysia difahamkan ditahan oleh tentera Israel.

“Keesokkan paginya tiba-tiba dapat berita, terkejut juga bila diberitahu kapal dilaporkan terputusa hubungan. Dalam WhatsApp keluarga, mesej terakhir yang dihantar oleh ayah sekitar pukul 10.30 pagi, katanya kapal mungkin diserang, disertakan juga video suasana gelap di tengah laut sebelum terus tidak dapat dihubungi sehingga ke saat ini,” katanya sebak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN