Mayat ditemukan dalam bagasi di Ampang Jajar

Mayat ditemukan dalam bagasi di Ampang Jajar

BEBERAPA anggota polis mengangkat mayat seorang individu yang dijumpai dalam sebuah bagasi berhampiran pangsapuri di Ampang Jajar, Butterworth, Pulau Pinang.-GAMBAR/PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH : Polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut susulan penemuan mayat dalam sebuah bagasi berhampiran pangsapuri di Ampang Jajar di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abd Rahman berkata, pihaknya menerima aduan mengenai perkara itu daripada orang awam kira-kira pukul 1.43 petang tadi.

“Siasatan masih dijalankan ketika ini dan polis akan mengemas kini maklumat dari semasa ke semasa,” katanya ringkas.

Tambah beliau, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan juga diminta untuk menghubungi polis bagi membantu siasatan polis.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN