LIPIS: Situasi jangkitan influenza di negeri ini masih terkawal namun orang ramai dinasihatkan supaya menjaga kesihatan dan segera mendapatkan rawatan jika berasa tidak sihat. Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerajaan negeri belum menerima sebarang laporan menunjukkan peningkatan ketara kes jangkitan itu setakat ini. “Saya dimaklumkan setakat ini masih terkawal. Setakat ini juga saya belum terima apa-apa maklumat mengenai penutupan sekolah,” katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Sukan…