'Jangan sebar berita palsu mengenai tanah runtuh'

‘Jangan sebar berita palsu mengenai tanah runtuh’

TANGKAP layar mengenai satu rakaman video yang dihasilkan dengan menggunakan teknologi AI susulan kejadian banjir dan tanah runtuh yang berlaku di Paya Terubong, George Town, Pulau Pinang hari ini.-GAMBAR/MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Orang ramai diingatkan supaya tidak terpengaruh dengan satu rakaman video yang tular mengenai kejadian banjir dan tanah runtuh yang berlaku di Pulau Pinang, ketika ini.

Peringatan itu diberikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri, Zairil Khir Johari.

“Berikut adalah video berita palsu menggunakan AI (teknologi kecerdasan buatan) yang sedang disebarkan melalui WhatsApp susulan kejadian banjir dan tanah runtuh yang berlaku di Paya Terubong.

“Diharap pelaku lebih bertanggungjawab terutama waktu-waktu seperti ini. Jangan sebar berita palsu,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Rakaman video berdurasi kira-kira enam saat itu kononnya memaparkan banyak kereta telah dihempap dan ditimbus oleh runtuhan tanah yang berskala besar.

Bagaimanapun, menurut bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang berada di lokasi, insiden banjir dan tanah runtuh yang berlaku di Paya Terubong masih terkawal ketika ini dan ia tidak seteruk seperti yang digambarkan dalam video berkenaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN