JUMLAH Jaminan Kewangan negara direkodkan sebanyak RM424.7 bilion atau bersamaan 21.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) setakat akhir Jun 2025, kekal terkawal dan di bawah had statutori 25 peratus seperti diperuntukkan dalam Jadual Pertama kepada Akta 850. Menurut laporan Tinjauan Ekonomi, Jaminan Kewangan merupakan antara instrumen kuasi-fiskal utama yang digunakan kerajaan bagi membiayai projek infrastruktur strategik dan program pinjaman bersasar. “Langkah ini membolehkan pelaksanaan projek pembangunan diteruskan tanpa…










