Isu pemain warisan FAM: Urimai buat laporan polis

Isu pemain warisan FAM: Urimai buat laporan polis

warisan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Parti Urimai membuat laporan polis berhubung dakwaan pemalsuan dokumen pemain bola sepak “warisan” susulan tindakan yang diambil oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) yang mengenakan hukuman terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan pemain terbabit.

Setiausaha Urimai, Satees Muniandy membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi atas dakwaan wujud kemungkinan beberapa pihak dalam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Kementerian Belia dan Sukan serta FAM bersekongkol memalsukan dokumen.

“Jelas sekali terdapat pihak dalam FAM dan JPN yang berkonspirasi mengeluarkan kewarganegaraan Malaysia kepada tujuh pemain ‘warisan’ ini melalui cara tidak beretika.

“Tindakan ini boleh dianggap sebagai perbuatan khianat dan pengkhianatan terhadap negara. Jika rakyat biasa memberikan maklumat palsu untuk mendapatkan kad pengenalan, mereka pasti sudah didakwa,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN