KUALA LUMPUR: Isu taraf kewarganegaraan tujuh pemain warisan Harimau Malaya dan pertikaian dibangkitkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) adalah dua perkara berbeza. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ini kerana taraf kewarganegaraan melalui penaturalisasian hanya menggunakan prosedur seperti ditetapkan dalam Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan. Beliau berkata, permohonan berkenaan sebaliknya tidak mengguna pakai apa-apa kriteria ditetapkan dalam Bahagian Keempat Statu FIFA Regulation Governing the Application of the Statutes Standing…