Istiadat Persandingan Diraja Selangor penuh adat dan tradisi

Istiadat Persandingan Diraja Selangor penuh adat dan tradisi

SULTAN Sharafuddin Idris Shah berkenan menyempurnakan istiadat merenjis ke atas Tengku Amir Shah dan Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Abdul Aziz pada Istiadat Persandingan Diraja di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang, Selangor, kelmarin. – UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTIADAT Persandingan Diraja Selangor antara Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dengan pasangan baginda, Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Abdul Aziz berlangsung penuh adat dan tradisi di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang, kelmarin.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan berangkat ke Istiadat Persandingan Pasangan Pengantin Diraja yang turut diiringi Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Pasangan diraja kemudian berangkat masuk ke Balairung Seri pada pukul 7.45 malam dengan mengenakan busana kain telepuk berwarna gading sambil diiringi kerabat-kerabat diraja Selangor.

Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin berkenan memulakan istiadat merenjis air mawar dan menabur bunga rampai kepada pasangan pengantin diraja dan diikuti bonda Tengku Amir, Puan Nurlisa Idris Abdullah serta kerabat diraja lain.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN