PETALING JAYA: Israel tidak boleh menghalang misi Global Sumud Flotilla (GSF) kerana negara haram itu tidak mempunyai sebarang kuasa dan kedaulatan ke atas perairan wilayah Palestin yang bermula dari Jalur Gaza serta perairan antarabangsa. Kementerian Luar dan Ekspatriat Palestin berkata, GSF mempunyai hak untuk melalui perairan antarabangsa dan Israel tidak sepatutnya mengganggu kebebasan misi tersebut yang telah lama diiktiraf di bawah undang-undang antarabangsa. Malah katanya, flotilla itu perlu dibenarkan melalui…