PETALING JAYA: Tentera Israel mula melakukan provokasi agresif terhadap beberapa kapal peserta Global Sumud Flotilla (GSF) yang kini berada di zon merah iaitu sekitar 145 batu nautika dari pesisir pantai Gaza. Seorang peserta GSF, Thiago Avila dari Brazil menerusi laman Instagram miliknya memaklumkan bahawa kapal tentera laut Israel menghampiri kapal dinaikinya dan melakukan intimidasi. Katanya, mereka melakukan ugutan, merosakkan sistem komunikasi dan melakukan pergerakan berbahaya dengan mengelilingi kapal dinaikinya serta…