SEPANG: “Israel bagi amaran teruskan belayar atau patah balik, kalau berdegil mereka akan melakukan sesuatu ke atas kapal kami”.
Itu pesanan mesej terakhir oleh seorang delegasi Malaysia, Nurfarahin Romli atau dikenali Farah Lee yang berada dalam kapal Kapal Grande Blu telah dipintas oleh rejim zionis di perairan antarabangsa pada pukul 12.58 pagi waktu Gaza.
Kapal ini membawa seramai dua orang delegasi Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan GSF ke Gaza.
Dalam rakaman mesej itu, Farah Lee berkata, kapal mereka disembur air oleh rejim Zionis sebagai amaran untuk menghentikan pelayaran.
“Kapal kami diisembur air, mula-mula sikit suruh berhenti, tapi misi kami tak stop sebab semua setuju untuk teruskan ke Gaza.
“Tetapi mereka sembur lagi air sangat kuat sehingga semua terpelanting,” katanya dalam akaun Instagram.
Terdahulu, seramai 10 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi GSF ditahan tentera Israel setakat ini, dengan dua rakyat negara ini iaitu Farah Lee dan Danish Nazram merupakan individu terbaharu sudah ditahan Israel. – UTUSAN