Inisiatif peralihan mod pengangkutan darat ke rel, disasar meningkat 10 peratus

Inisiatif peralihan mod pengangkutan darat ke rel, disasar meningkat 10 peratus

Anthony Loke ketika menpengerusikan Mesyuarat Pasukan Petugas Logistik Kebangsaan (NLTF) di Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan (MOT) menyasarkan peningkatan sekurang-kurangnya 10 peratus dalam pelaksanaan inisiatif peralihan mod pengangkutan darat dari jalan raya ke rel, sebagai langkah strategik memperkukuh sektor logistik negara.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, inisiatif itu bertujuan mengalihkan pengangkutan fret dengan mengoptimumkan infrastruktur rel sedia ada bagi menangani kesesakan lalu lintas, mengurangkan kadar kemalangan melibatkan kenderaan berat serta menyokong agenda kelestarian alam sekitar.

Menurut beliau, selain mengurangkan kesesakan di lebuh raya utama, inisiatif berkenaan turut menjadikan kos menjalankan perniagaan oleh pemain industri logistik semakin kompetitif melalui pilihan yang tersedia.

“Sekarang ini hanya satu peratus sahaja kargo digerakkan melalui kereta api, harapan kita hendak naikkan sekurang-kurangnya kepada 10 peratus.

“Persatuan-persatuan haulier pun mereka menyokong (inisiatif) ini, bukan bermaksud mereka akan hilang ‘bisnes’. Walaupun ada penggunaan kereta api, tetapi ada juga bahagian-bahagian dimana diperlukan ketersambungan awal dan akhir, bukannya kita menggantikan keseluruhan haulier,” katanya menerusi sidang akhbar selepas Mesyuarat Pasukan Petugas Logistik Kebangsaan (NLTF) Bilangan 2 Tahun 2025 di sini semalam.

Sehubungan itu, beliau menjelaskan dasar ‘road to rail’ yang digerakkan oleh MOT dilihat penting dan menjadi hala tuju utama dalam memastikan lebih banyak pengangkutan barangan dilakukan menggunakan kemudahan rel.

Anthony Loke berkata, meskipun sektor pengangkutan darat masih memainkan penting, usaha memperluas penggunaan rel terutama bagi muatan berat seperti mineral, batu-bata, arang batu dan simen perlu dipergiat.

“Mereka (haulier) tetap ada peranan, mereka tetap ada potensi. Cuma kita hendak pastikan di kawasan-kawasan yang boleh diangkut menggunakan kereta api, ada peralihan itu,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN