KUALA LUMPUR: Industri fesyen negara dijangka terus berkembang apabila kajian Shopperboard menganggarkan penembusan e-dagang segmen itu mencecah 19.2 peratus dengan nilai jualan sekitar AS$ 5.24 bilion (RM24.6 bilion) pada 2025. Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) turut menjangkakan industri tekstil dan pakaian bernilai kira-kira AS$3.5 bilion setahun dan bakal meningkat kepada AS$4.47 bilion menjelang 2030. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, angka tersebut jelas…