Individu dakwa bantuan SARA 'dicuri' selepas kad pengenalan hilang - Utusan Malaysia

Individu dakwa bantuan SARA ‘dicuri’ selepas kad pengenalan hilang

ehati
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 yang diberikan menerusi kad pengenalan didakwa masih boleh digunakan sekali pun kad itu hilang atau tidak lagi dipegang oleh pemilik asal.

Dakwaan itu dibuat oleh Ketua Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional (BN) Perak, Mohd. Rawi Abdullah yang terkejut apabila mengetahui baki SARA di dalam kad pengenalan baharunya telah berkurangan.

Beliau mendakwa, kad pengenalannya yang lama telah hilang pada hujung Julai lalu dan pernah membuat laporan polis berkenaan perkara tersebut.

Namun katanya, dua minggu lalu sewaktu berada di pasar raya dan membuat semakan status SARA menerusi kad pengenalan yang baharu, dia mendapati baki SARA beliau telah berkurangan menjadi RM2.70 sahaja. sedangkan dia tidak pernah menggunakan lagi duit tersebut.

Dalam sidang akhbar di sini hari ini, beliau sebelum ini pernah menerima aduan orang ramai mengenai kehilangan baki SARA RM100 di dalam kad pengenalan, namun tidak mengendahkan perkara tersebut kerana merasakan itu masalah terpencil dan masih memerlukan bukti sahih. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN