Kalau dulu Que Haidar dikenali dengan gaya lelaki klasik dengan aura seni yang ala misterius, sekarang ini lain macam ya!
Cik Bunga sendiri hampir tidak cam bila nampak pelakon berbakat besar ini muncul dengan tubuh yang makin sado dan fit habis! Jangan main-main siap ada six packs lagi!
Difahamkan, perubahan ketara pada fizikal Que bukan sekadar suka-suka mahu tayang badan di media sosial.
Menurut sumber yang Cik Bunga dapat, katanya, Que kini sedang bersiap untuk satu projek filem besar yang memerlukan dia tampil dengan imej lebih maskulin dan lasak.
Wah, nampaknya abang kita ini memang serius bab kerja! Tetapi bagi sesiapa yang mengenali Que, memang begitulah dia sejak dari dahulu. Seorang yang tidak bermain-main dengan hasil kerjanya.
Kalau tengok foto-foto terbaharu yang tersebar di media sosial, jelas kelihatan otot lengan dan dada Que makin ketara. Sampai ada yang kata, Que sudah boleh lawan pelakon aksi luar negara!
Alah, cakap sahajalah yang ramai kalangan peminat sudah ‘cair’ apabila melihat ketampanan Que sekarang. Ingat Cik Bunga tidak boleh baca semua itu? Masing-masing bukan main lagi.
Kalau betul Que memang bakal buat comeback dalam dunia perfileman, memang kita ramai-ramai kena berikan sokongan. Sebab, kalau tidak silap Cik Bunga, Que ini bukan jenis main ambil sahaja sembarangan job seni lakon. Dia selektif dan jika dia bersetuju mahu terlibat, bermakna naskhah itu bukan biasa-biasa. Ada ‘sesuatu’!
Okeylah, kita tunggu dan lihat.