KUALA LUMPUR: Himpunan membantah kehadiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ke Malaysia sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 di Dataran Merdeka di sini pagi tadi, berlangsung dalam suasana aman dan terkawal. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, himpunan yang bermula sekitar pukul 9.30 pagi itu dihadiri kira-kira 100 peserta. Katanya, ia berjalan dengan tertib tanpa sebarang insiden tidak diingini hasil kawalan rapi oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM). “PDRM…










