Heliza Helmi dan adiknya, rakyat Malaysia terbaru ditahan tentera Israel

Heliza Helmi dan adiknya, rakyat Malaysia terbaru ditahan tentera Israel

HELIZA HELMI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Setakat ini, 12 rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) telah ditahan tentera Zionis.

Terbaru, turut ditahan termasuk penyanyi Heliza Helmi dan adiknya Nur Hazwani Afiqah yang menaiki kapal Hio serta serta Nurfarahin Romli dan Danish Nazran Murad yang berlayar di atas kapal Grande Blu.

Mereka ditahan pagi ini selepas kapal dinaiki dipintas tentera Zionis di perairan Gaza pada pagi ini.

Perkara itu disahkan sistem pengesan Pusat Kawalan Operasi Sumud Nusantara (SNCC), di sini.

Menurutnya, kapal Grande Blu dipintas pada 12.58 tengah malam waktu Gaza manakala Hio pada 2.34 pagi pada kedudukan kira-kira 60 batu nautika dari Gaza.

Setakat 8 pagi waktu Malaysia, 17 rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusian tersebut terputus hubungan dengan SNCC setelah kapal mereka dipintas.

Mereka termasuk penyanyi Zizi Kirana yang menaiki kapal Huga, Musa Nuwayri, Iylia Balqis dan Sul Aidil yang berada di atas kapal Alma, serta Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khiduddin dan Rusydi Ramli di kapal Sirius.

Dalam pada itu, sistem pengesan SNCC turut melaporkan bahawa, sembilan kapal berada dalam status
‘diserang’ manakala, 13 kapal lagi menghantar isyarat ‘kecemasan’.

Pusat sama melaporkan, tiada laporan kecederaan diterima namun delegasi GSF menegaskan mereka kekal komited meneruskan misi walaupun berdepan tindakan agresif Israel. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN