Harta, aset menantu Muhyiddin di luar negara belum dibekukan

Harta, aset menantu Muhyiddin di luar negara belum dibekukan

MOHD. khalid ketika sidang akhbar Op Pedo 2.0 di Bukit Aman di sini, hari ini. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan dalam buruan, Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan dikesan mempunyai harta dan aset di luar negara yang belum dibekukan.

Harta dan aset itu berkemungkinan digunakan menantu bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu untuk menampung kehidupan di luar negara.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan jumlah harta dan lokasi aset berkenaan disimpan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya mengesahkan harta luar negara milik Muhammad Adlan belum dibekukan.

“Semua aset termasuk akaun milik Muhammad Adlan di Malaysia sudah dibekukan SPRM berhubung siasatan yang dijalankan ke atasnya,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. 

Beliau mengulas laporan akhbar kelmarin yang mendedahkan ahli perniagaan itu bersama beberapa kenamaan dari Asia Barat.

Memetik sumber, Muhammad Adlan kerap keluar masuk negara berkenaan untuk perjalanan ke luar negara termasuk Thailand, bagi bermain golf dan mengunjungi lapang sasar menembak.

Muhammad Adlan dikehendaki oleh SPRM atas pertuduhan pecah amanah.

Pada Ogos 2023, media melaporkan SPRM sedang mengesan dua lelaki berhubung kes rasuah dan penyelewengan projek berkaitan pendaftaran, pengambilan serta penyimpanan biometrik pekerja asing di sebuah kementerian.

Individu yang dicari ialah Muhammad Adlan Berhan serta Mansoor Saat.

Hasil semakan SPRM dengan Jabatan Imigresen mendapati kedua-dua penama berkenaan telah meninggalkan Malaysia pada 17 Mei dan 21 Mei lalu serta tiada rekod masuk kembali ke negara ini.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN