PETALING JAYA: Pembukaan kuota subsidi RON 95 kepada lebih 52,000 pemandu e-hailing bakal memberi impak positif namun ia hanya melibatkan 25 peratus sahaja daripada keseluruhan pemain dalam ekonomi gig itu. Ketua Aktivis Gabungan e-hailing Malaysia (GEM), Jose Rizal berkata, petrol adalah keperluan penting bagi pemandu e-hailing untuk memastikan operasi mereka berjalan lancar jadi subsidi yang diberikan sememangnya memberi impak positif. “Ini langkah positif yang membuktikan kerajaan masih mengiktiraf beban kos…