GV12 pertaruh RM100,000

GV12 pertaruh RM100,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad tidak menolak pihaknya berdepan cabaran untuk mengumpulkan penyanyi yang layak bertanding dalam Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12).

Kata Raqim, perkara itu kerana bukan semua penyanyi lama mampu mengekalkan mutu nyanyian dan bersaing dalam pertandingan.

“Bukan mudah kumpulkan peserta GV12 kerana calon yang sesuai semakin berkurangan.

“Tapi Alhamdulillah, masih ada penyanyi bertaraf legenda, antaranya Datuk Elaine Kang dan Rahmat Ekamatra yang boleh diketengahkan.

“Kita ada ramai penyanyi lama yang ada lagu popular, tetapi bukan semuanya sekarang ini masih boleh menyanyi secara live.

“Oleh itu, peserta GV12 kali ini adalah yang terbaik dan paling layak untuk kami ketengahkan,” katanya.

GV12 menyaksikan 13 peserta bakal berentap selama 12 minggu untuk merebut kejuaraan serta hadiah wang tunai RM100,000. Naib juara bakal meraih RM50,000, tempat ketiga (RM30, 000) manakala tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.

Selain Elaine dan Rahmat, antara yang akan menggegarkan pentas Gegar Vaganza musim ini adalah Krisya, Mel (Sakura Band), Shy 8 atau Usop Wilcha, Korie, Nubhan, kumpulan Freshies dan Mark Adam.

Turut bertanding adalah peserta dari Indonesia antaranya Shae, kumpulan Mendua, Ruri Repvblik selain wakil tunggal Singapura, Iskandar Ismail.

GV12 yang bermula 2 November ini menampilkan Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad selaku hos manakala turut mengekalkan Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat selaku juri tetap. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN