‘Tiada apa yang mampu dilakukannya dari jauh selain terus menadah doa untuk keselamatan isteri tercinta’ - Utusan Malaysia

‘Tiada apa yang mampu dilakukannya dari jauh selain terus menadah doa untuk keselamatan isteri tercinta’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Doa seorang suami untuk isterinya tiada hijab, kan? Ya Allah, dengarkanlah doaku ini. Berikan mereka kekuatan, lindungi, berkati, dan sampaikan mereka ke bumi Gaza. Ya Allah, hanya pada-Mu kami berserah,”

Demikian luahan pelakon, Nadzmi Adhwa,32 tidak henti-henti mendoakan agar isterinya, Ardell Aryana, yang kini menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF), selamat tiba ke destinasi akhir mereka di Gaza, Palestin.

“Pagi ini saya terima berita dari pihak wakil GSF bahawa WhatsApp sudah tidak berfungsi. Semoga Allah SWT melindungi mereka semua,” tulisnya menerusi platform Threads.

“Tiada apa yang mampu dilakukannya dari jauh selain terus menadah doa untuk keselamatan isteri saya yang tercinta,”

Dalam pada itu, tular sebuah rakaman yang menunjukkan kapal aktivis GSF diganggu tentera laut Israel sehingga sistem komunikasi mereka turut mengalami kerosakan.

Sementara itu, seorang sukarelawan dari Turkiye memaklumkan sebuah kapal Israel dikesan berada hanya sekitar 50 batu nautika daripada flotila berkenaan pada malam semalam, sekali gus memaksa semua ahli misi mengambil langkah berjaga-jaga berikutan risiko dipintas semakin tinggi.

Sekadar info, Ardell bersama sukarelawan dari 45 negara lain kini berada dalam zon kuning dan menghampiri zon merah, kira-kira 300 batu nautika dari Semenanjung Gaza.

Sepanjang pelayaran yang bermula awal September lalu, kapal mereka berulang kali diganggu dengan kehadiran dron dipercayai milik tentera Israel.

Selain Ardell, turut serta wakil beberapa figura lain termasuk penyanyi Zizi Kirana, Heliza Helmi dan Hazwani Helmi serta pempengaruh, Farah Lee. Mereka berlepas dari tanah air pada 31 Ogos lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN