GSF bukan pembaziran, objektif utama buka mata dunia tentang kekejaman zionis - Mahadi Badrul Zaman

GSF bukan pembaziran, objektif utama buka mata dunia tentang kekejaman zionis – Mahadi Badrul Zaman

Heliza Helmi, dan Datuk Mahadi Badrul Zaman
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Suami kepada penyanyi, Heliza Helmi, Datuk Mahadi Badrul Zaman memaklumkan beliau sedia menyokong jika isterinya memutuskan untuk kembali menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) di masa akan datang.

Katanya, sebagai suami beliau menyokong penuh usaha murni isterinya bersama para delegasi GSF yang bukan sahaja bermatlamat menghantar bantuan ke Gaza, tetapi juga membuka mata dunia mengenai kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin.

“Insya-Allah, dengan adanya strategi dan saluran yang betul, kita akan teruskan ikhtiar untuk membantu rakyat Palestin.

“Tidak dinafikan, apa sahaja boleh berlaku. Tapi yang penting kita kena teruskan usaha dan doakan. Insya-Allah, Allah bukakan jalan.

“Yang paling mustahak adalah kita capai objektif kita untuk membuka mata dunia mengenai kesengsaraan rakyat Palestin dan kemudian pecahkan sekatan Israel agar bantuan sampai ke Gaza,” katanya yang ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sebentar tadi.

Mahadi hadir ke KLIA pada Ahad bagi menyambut kepulangan Heliza berserta 22 delegasi Malaysia yang menyertai GSF baru-baru ini.

Mahadi dalam masa yang sama meluahkan rasa terkilan dengan komen negatif yang dilayangkan individu-individu tertentu mengenai misi GSF di media sosial.

Beliau tidak menolak komen-komen tersebut berpunca daripada kecetekkan pengetahuan dan ketidak fahaman segelintir pihak mengenai objektif dan matlamat misi berkenaan.

“Saya baca komen, antaranya yang berpandangan misi ini merugikan kerana tidak sampai ke Gaza, selain isu-isu berbangkit seperti keperluan menghantar wanita dalam misi ini dan sebagainya. Ramai yang tidak faham sebenarnya.

“Jadi saya terpanggil guna platform media sosial saya untuk terangkan banyak perkara tentang GSF dan mengapa misi ini perlu diteruskan.

“Bantuan banyak dan kita sebenarnya tidak membazir. Objektif utama kita nak pecahkan dulu sekatan Israel, kemudian buka mata dunia mengenai kesengsaraan Palestin, selepas itu barulah membuka lebih banyak laluan untuk membawa bantuan sampai ke Gaza.

“Dan ini bukanlah pertama kali GSF ini digerakkan, kali ini sudah masuk 37 kali. Kita kena teruskan untuk raih kesedaran dunia tentang kekejaman Israel dan bantu rakyat Palestin,” kongsinya.

Dalam pada itu, Mahadi meluahkan rasa syukur kerana akhirnya Heliza dan seluruh delegasi Malaysia yang menyertai GSF pulang ke tanah air dengan selamat.

“Tentunya saya tak dapat gambarkan perasaan itu,
beberapa kali saya sujud syukur.
Kita tahu dalam perjuangan mereka ini, kebarangkalian untuk mereka pulang, adalah rendah.

“Tapi dengan izin Allah, dan bantuan kerajaan Malaysia khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Alhamdulillah semua lancar.

“Sambutan rakyat Malaysia, Masya-Allah, memenuhi setiap penjuru pintu masuk aras KLIA, Alhamdulillah,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN