KUALA LUMPUR: Golongan muda perlu menjadi barisan hadapan dalam perjuangan menolak rasuah bagi membina masa depan negara yang lebih bersih, adil dan berintegriti. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perubahan sebenar tidak hanya bergantung kepada dasar kerajaan, sebaliknya memerlukan keberanian generasi muda untuk bersuara dan bertindak menentang segala bentuk penyelewengan. “Inilah sebabnya saya sering bercakap tentang pentadbiran yang baik, tentang tadbir urus. Kepimpinan mesti bersih dan perlu hentikan semua…