PETALING JAYA: Misi Global Sumud Flotilla (GSF) telah memasuki zon merah yang merupakan laluan ke Gaza, sebentar tadi. Lokasi itu hanya kira-kira 100 batu nautika (±185 km) dari Gaza. Perkara itu dimaklumkan oleh peserta GSF, Rahmah Ikhsan yang merupakan antara rakyat Malaysia menyertai misi tersebut. “Allahuakbar, team Sumud Flotilla sudah masuk ke zon merah. “Langit G (Gaza) menjadi saksi perjuangan mereka. Kita pula menjadi saksi perjuangan mereka,” katanya dalam Facebook…