PETALING JAYA: Gerakan yang kini mendesak Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur daripada kepimpinan parti dipercayai adalah kumpulan sama yang pernah mendesak beliau melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 2021. Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof mendedahkan gerakan itu kini mencapai kemuncaknya apabila usaha-usaha mematahkannya tidak lagi berjaya. Katanya, gerakan berkenaan turut didalangi oleh pihak tertentu yang sedang mencipta…










