Gabungan tiga irama menerusi Kumbang Bunga

Gabungan tiga irama dalam Kumbang Bunga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Buah tangan terbaharu Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, Kumbang Bunga yang dinyanyikan bersama penyanyi Indonesia, Lesti muncul sebagai karya ekperimentasi alaf baharu dengan menggabungkan tiga irama muzik yang dibentuk menjadi genre kontemporari tradisional.

Siti dalam satu hantaran di Instagram memaklumkan gabungan muzik inang, dangdut dan masri dalam karya itu diharapkan dapat menarik minat pendengar, khususnya golongan muda terhadap muzik berteraskan warisan.

“Kumbang Bunga membawa makna signifikan sebagai gabungan tiga irama utama iaitu inang, dangdut dan masri dalam garapan kontemporari tradisional.

“Lagu ini dihasilkan bagi menyantuni peminat muzik dari pelbagai lapisan usia, melangkaui generasi serta menarik minat golongan muda untuk terus mendekati muzik berteraskan warisan,” kongsinya

Penyanyi tersohor negara itu juga memaklumkan karya tersebut bakal menjadi lagu pertama yang dimuatkan dalam album terbarunya yang bakal menemui peminat tidak lama lagi.

“Lagu berjudul Kumbang Bunga ciptaan Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh ini menjadi single pertama daripada album terbaharu Siti Nurhaliza, sekali gus melambangkan persahabatan serta keharmonian dua negara serumpun yang disatukan melalui bahasa muzik,” tulisnya.

Kumbang Bunga, hasil sentuhan pencipta muda, Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh mula diperdengarkan di semua platform digital bermula semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN