Fasa peralihan monsun, ribut petir dijangka lebih kerap

Fasa peralihan monsun, ribut petir dijangka lebih kerap

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia kini memasuki fasa peralihan monsun ke Monsun Timur Laut yang dijangka bakal melanda pada November ini hingga Mac 2026.

Menurut laporan tinjauan cuaca jangka panjang Jabatan Meteorologi (MET), negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang berpotensi menyebabkan kejadian ribut petir.

“Kejadian itu lazimnya membawa hujan lebat beserta angin kencang dalam jangka masa yang singkat, terutamanya pada waktu awal petang dan malam,” katanya.

MetMalaysia turut menjangkakan peningkatan sebanyak 20 peratus hingga 40 peratus daripada purata jumlah hujan jangka panjang di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung, tengah dan barat Sabah dan Sarawak sepanjang tempoh berkenaan.

Pada masa yang sama, peralihan daripada El Niño–Southern Oscillation (ENSO) neutral kepada La-Nina dijangka berlaku dalam beberapa bulan akan datang, dengan kebarangkalian 71 peratus berlaku pada Oktober hingga Disember ini.

Berdasarkan ramalan cuaca terkini, negeri Perlis, Kedah, Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan antara kawasan yang menerima amaran ribut petir sejak semalam.

“MetMalaysia akan terus memantau dan mengemaskini tinjauan cuaca sekiranya berlaku sebarang perubahan yang ketara terhadap tinjauan jangka panjang ini,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN