PETALING JAYA: Kerajaan mengekalkan komitmen terhadap kebajikan nelayan dengan pemberian elaun sara hidup sehingga RM300 sebulan dan insentif hasil tangkapan melalui peruntukan sebanyak RM160 juta tahun hadapan. Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan turut mengekalkan harga diesel bersubsidi RM1.65 seliter khusus untuk golongan nelayan bagi membantu meringankan beban kos operasi harian mereka. Selain itu, sebanyak RM20 juta turut diperuntukkan bagi membolehkan nelayan menaik taraf vesel sekali gus mengurangkan…