PETALING JAYA: Eksport kasar diunjur berkembang sebanyak 2.8 peratus pada 2026, terutamanya bagi barangan pembuatan dan barangan pertanian, menurut Tinjauan Ekonomi 2026. Jelasnya, perkembangan itu disokong oleh peningkatan berterusan dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E) dipacu oleh permintaan lebih tinggi untuk semikonduktor dan aplikasi kecerdasan buatan (Al) di peranti hujung (Al edge applications) serta harga komoditi yang kompetitif. “Pertumbuhan ini juga disumbangkan oleh permintaan luar yang lebih kukuh susulan peningkatan…