KUALA LUMPUR: Pentadbir sekolah khususnya guru besar dan pengetua perlu memberi perhatian terhadap sekecil-kecil aduan seperti ejekan lisan untuk menghentikan salah laku buli menjadi lebih serius. Penolong Pengarah Unit Pembangunan Sahsiah Murid Bahagian Pengurusan Sekolah Kementerian Pendidikan (KPM), Mohd. Harith Mohd. Rahim@Mohd Noor, berkata, ejekan lisan yang dianggap kelakar sebenarnya menjadi punca utama kepada perbuatan buli di sekolah. Beliau berkata, guru dan pentadbir tidak seharusnya memandang ringan terhadap setiap aduan…