KUANTAN: Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang menghubungkan negeri-negeri Pantai Timur dengan Lembah Klang kini berada di landasan tepat dengan kemajuan keseluruhan sebanyak 88.08 peratus, setakat bulan lalu. Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link (MRL), Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata, perkembangan itu selari dengan jadual penyiapan jajaran fasa satu dari Kota Bharu, Kelantan ke Terminal Bersepadu Gombak, Selangor menjelang Disember 2026, sekali gus membolehkan operasi dimulakan pada Januari…

 
								 
											









