KOTA BELUD:Dua pelancong warga China dilaporkan hilang di Pulau Mantanani, dekat sini, sejak semalam selepas mereka gagal mendaftar keluar dari penginapan. Mangsa masing-masing seorang lelaki berusia 25 tahun dan wanita berusia 28 tahun disedari hilang apabila kakitangan penginapan mendapati bilik mereka masih dihuni, dengan semua barangan peribadi masih berada di dalamnya. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Elge Bakuk berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.25 pagi…