Dua lelaki dicekup bersama 759 kilogram daun ketum

Dua lelaki dicekup bersama 759 kilogram daun ketum

DUA lelaki ditahan polis bersama kenderaan yang digunakan untuk menyeludup daun ketum di Kampung Kulim, Jeli, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELI:  Polis merampas daun ketum seberat 759 kilogram (kg) selepas menahan dua lelaki yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Proton Exora di tepi jalan Kampung Kulim, di sini semalam.

Kedua-dua suspek ditahan kira-kira pukul 11 pagi selepas dikesan memandu MPV tersebut dalam keadaan mencurigakan dari arah sebuah sebuah stesen minyak di sini menghala ke Ayer Lanas.

Ketua Polis Daerah Jeli, Superintenden Kamarulzaman Harun berkata, anggota unit kereta peronda polis terus menggunakan pembesar suara dan membunyikan siren lampu beacon bagi mengarahkan MPV dinaiki kedua-dua suspek berhenti di tepi jalan Kampung Kulim.

“Pemeriksaan di dalam kenderaan itu membawa kepada penemuan sebanyak 69 bungkusan plastik berwarna hitam yang berisi 759 kg daun ketum. Selain itu, polis menjumpai satu botol minuman yang mengandungi 600 mililiter air ketum,” katanya hari ini.

Kamarulzaman berkata, semakan mendapati, kedua-dua suspek masing-masing mempunyai satu rekod jenayah dan satu rekod dadah.

Katanya,  kedua-dua suspek yang positif dadah jenis ketamin ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN