KULIM: Dua suspek ditahan polis bagi membantu siasatan kes letupan mercun yang menyebabkan 22 orang awam cedera termasuk seorang yang masih tidak sedarkan diri dalam kejadian, kelmarin. Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Zulkifli Azizan berkata, kedua-dua suspek yang merupakana lelaki berusia 34 tahun dan wanita berumur 23 tahun itu ditahan selepas kejadian yang berlaku di hadapan sebuah klinik di Taman Seri Limau, Lunas. Katanya, mereka merupakan kenalan lama yang sedang…