Dua beranak mati dibunuh

Dua beranak mati dibunuh

BEBERAPA anggota polis dilihat berada di lokasi kejadian bunuh membabitkan dua beranak di sebuah kampung di Juru, Bukit Mertajam, Pulau Pinang malam ini.-UTUSAN/SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM : Seorang wanita dan anak perempuannya dijumpai dalam keadaan tidak bernyawa dipercayai akibat mati dibunuh di sebuah kampung di Juru di sini, malam tadi.

Difahamkan, mayat dua beranak itu ditemukan oleh suami kepada wanita terbabit kira-kira pukul 7.30 malam tadi.

Ketika dijumpai, mayat wanita terbabit berada di bahagian dapur di tingkat bawah rumah berkenaan dengan kepalanya hampir putus manakala anaknya pula dalam keadaan tertiarap berlumuran darah di tingkat atas rumah.

Salah seorang jiran mangsa ketika ditemui berkata, pasangan itu baru sahaja menyewa rumah berkenaan dan anak perempuan mereka merupakan anak tiri kepada suami mangsa.

“Kami tahu kejadian yang menimpa keluarga ini apabila lelaki berkenaan memaklumkan dalam grup aplikasi WhatsApp penduduk,” katanya yang enggan dikenali.

Dalam pada itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan bahawa kedua-dua mangsa berusia 51 dan 11 tahun.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN