BUKIT MERTAJAM: Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek menyifatkan kepulangan 23 aktivis kemanusiaan Malaysia dari misi Global Sumud Flotilla (GSF) bukti keupayaan diplomasi kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Katanya, perkembangan itu menunjukkan keupayaan kepimpinan negara memastikan keselamatan rakyat Malaysia di luar negara sentiasa menjadi keutamaan. “Saya ambil kesempatan ini untuk ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana kita telah dimaklumkan bahawa semua aktivis kita akan dibawa…