PETALING JAYA: Sejak penularan pandemik Covid-19, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menyalurkan lebih 29 bilion ringgit kepada lebih 86,000 Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di bawah Dana BNM, daripada lebih RM32 bilion yang disediakan untuk menyokong keperluan pembiayaan PKS. Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagi meluaskan capaian, Dana BNM akan beralih kepada sokongan berasaskan jaminan, dengan tumpuan kepada segmen yang kurang mendapat akses pembiayaan serta aktiviti berimpak tinggi…