PUTRAJAYA: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan kononnya pasukan elit itu melakukan serangan di Masjid Rusila, Marang pada 19 September lalu. Ketua Pengarahnya, Laksamana Maritim Datuk Mohd. Rosli Abdullah berkata, tuduhan itu bukan sahaja tidak berasas, malah berpotensi menjejaskan imej pasukan keselamatan serta menjatuhkan moral operator pasukan elit negara. Katanya, dakwaan itu juga merupakan satu fitnah yang berniat jahat terhadap…